Kelas Microsoft Word (Ketua kampung) & Advokasi KDB

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

11 Ogos 2023(Jumaat)- Kelas Microsoft Word telah diadakan untuk ketua kampung. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang ketua Kampung. Antara topik pembelajaran yang di ajar adalah Teknik penulisan minit mesyuarat yang betul. Hal ini demikian kerana, bagi membantu ketua kampung menulis setiap minit mesyuarat yang dibincangkan dan dipersetujui diambil Tindakan selain menjadi dokumen rujukan rasmi setiap mesyuarat.

Antara topik pembelajaran adalah belajar tentangt format Minit Mesyuarat yang betul iaitu, Makluman mesyuarat, Senarai kehadiran, perutusan pengerusi, pengesahan Minit, Kandungan perbincangan, Hal-hal berbangkit, penutup atau ucapan penangguhan, terakhir Tandatangan pihak yang menyediakan dan semakan.

Di akhir kelas, Turut diselitkan tentang klik dengan bijak mengenai “Click Wisely” untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali